Wednesday, January 9, 2013

Bersalin di hospital kerajaan atau swasta?

Dulu masa sy mengandung anak pertama dan keduas, sy selalu diajukan soalan “Mana buat monthly check up?”, “Mana scan baby?” “Mana nak bersalin?”…. Sekarang, masa sy mengandung anak ketiga, soalan yang sama selalu terpacul daripada mulut kawan-kawan dan saudara mara. Dan setiap kali tu, jawapan sy tidak pernah berubah, iaitu “Klinik kerajaan” dan “Hospital kerajaan”

Masa sy mula-mula mengandung anak yang ketiga ni pulak, ada seorang pakcik ni cakap pada sy “Kali ni beranak, suruhlah Wady hantar ke hospital swasta pulak. Tak payahlah berjimat sangat dengan duit tu”… Masa tu, dan dan tu jugak sy jawab “Suami saya tidak kisah kalau saya mahu bersalin di mana pun. Tapi, saya yang taknak. Saya selesa dengan hospital kerajaan. Saya yakin dengan hospital kerajaan”. Mendengarkan jawapan sy, pakcik tu tambah lagi, lalu dijawab sy “Tapi pakcik, kalau ada berlaku apa-apa komplikasi, mana-mana hospital swasta pasti akan tolak kes ke hospital kerajaan. Jadi, buat apa saya longgok duit saya ke hospital yang tidak mampu membuatkan saya berasa yakin dengan kemampuan dan peralatan yang diorang ada?”

Ok, bila cakap pasal isu ni, pasti ramai yang akan ala-ala hurt butt. Masing-masing ada pendapat sendiri.

Pada sy pulak, sy yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Satu, sebab diorang ada standard prosedur yang mana laporan pemeriksaan kesihatan diorang tu tersangatlah lengkap. Buku merah yang standard tu memang boleh terpakai walau di mana pun kita merancang untuk beranak.

Mungkin ada yang cakap, disebabkan terlalu banyak prosedur tu lah yang menyebabkan pemeriksaan di klinik-klinik kerajaan selalu mengambil masa yang lama. Ikut pengalaman sy sendiri, setakat 2 jam tu bukanlah perkara yang perlu dibesar-besarkan. Dengan bilangan pesakit yang begitu ramai, tempoh tersebut sy kategorikan sebagai standard. Lagipun, layanan diorang adalah berdasarkan 1st come 1st serve basis. Jadi, kalau yang sudah biasa, kalau appoint tu jam 8 pagi, baiklah datang 10 atau 15 minit awal. Bolehlah dapat nombor yang depan-depan. Bila dapat nombor yang awal-awal, dapatlah balik lebih awal, tidaklah perlu menunggu lama.

Nurse atau doktor yang garang? Ok, pada sy, di mana-mana tempat samada swasta atau kerajaan, sama sahaja. Dan ikut pengalaman sy daripada bersalin anak pertama dan kedua, alhamdulillah, sy dipertemukan dengan nurse-nurse dan doktor-doktor yang baik. Ok, tipulah kalau langsung tidak berjumpa dengan yang garang dan bermuka masam. Ada, tapi bilangannya boleh dikira dengan jari… Dan pada sy, setakat bilangan yang seciput tu, tiada masalah untuk sy tutup mata sebelah… Dan sy akan reverse psychology balik ~Alah…. kalau aku di tempat diorang ni pun, mungkin aku pun akan jadi macam diorang. Mungkin sebab penat barangkali~

Di samping tu, walau doktor atau nurse tu buat macam mana pun, sy akan paksa mulut ni untuk senyum walaupun dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa geramnya hati ni… Lepas tu, sy akan pujuk diri jugak untuk terima layanan yang kurenggg dengan berbisik dalam hati ~Kesian diorang terpaksa buat kerja-kerja ni. Kalau akulah, bagi gaji sejuta pun belum tentu aku mau buat. Mencabar tu.. Mana kena check jalan lagi, mana kena sambut baby lagi.. mana kena bersihkan rahim lagi, mana kena check jahitan lepas orang bersalin lagi.. Euwww!~ Dengan berbuat demikian, sy akan lupa sekejap rasa marah tu dan mampu untuk senyum seikhlasnya. Dan selalunya, sikap positif sy tu akan membuahkan hasil yang lebih baik. Masa tu lah sy akan dengar orang lain yang banyak kerek mendapat layanan yang kurang, sy pulak mendapat layanan yang sebaliknya… Agaknya, diorang kesian tengok muka sy yang terpaksa senyum tu kan, jadi terus diorang berubah sikap dan melayani sy dengan baik.. Hehhehhehe….

Sebenarnya, pada sy, karma itu sangat adil. Kalau kita berbuat baik pada orang, pasti Tuhan akan memberikan balasan yang setimpal terhadap apa yang telah kita lakukan. Oklah, kita cuba letakkan diri kita ni di tempat diorang lah. Bayangkan orang yang sakit bersalin datang untuk dapatkan perkhidmatan kita. Datang dengan muka masam, marah-marah, kerek kunun dia layak untuk dapat perkhidmatan 1st class sebab dia itu seorang pegawai lah… Dia mahu macam ini lah, dia mahu macam itu lah… Senang cerita, banyak songeh! Di samping pesakit tu, kita ada lagi beberapa atau mungkin ramai lagi pesakit lain yang punya masalah yang lebih kritikal untuk di beri perhatian. Agak-agak, apa perasaan kamurang? Mesti dalam hati tu ~Hek elleh puan ni! Kerek pulak! Macam ko sorang nak beranak!~ Kalau sy sendiri lah, daripada layan manusia kerek yang macam ni, baiklah sy pergi menghadap pesakit yang tidak banyak songeh dan mudah untuk diuruskan. Tidaklah hati tu tambah sakit! Tidaklah spoil mood bekerja yang riang gumbira kan?

On top of di atas-atas yang sy cakapkan tu, yang paling sy suka pasal klinik-klinik dan hospital kerajaan ni, sudah tentulah bayarannya yang tidak mahal. Check up bulanan percuma, tidak kira samada si ibu tu pegawai kerajaan ataupun tidak. Bersalin pulak, setakat bayar harga katil saja. Alah, setakat berapa belas ringgit tu… kalau tidak silap sy, RM6/semalam. Hah! Hospital swasta dapat? Sorry lah beb! Kalau kamu-kamu tidak ada duit riban-riban, jangan harap arrrr! Sebab tu, ada sesetengah orang bila masa bersalin saja, mulalah tergaru-garu kepala sebab kena korek semua simpanan yang ada untuk bayaran hospital dsb. Pada sy yang tidaklah banyak mana duitnya, hospital kerajaan memang paling sesuai lah. Bukan tidak ada duit, tapi, sy mengaku, sy memang lokek untuk bayar duit sebanyak itu untuk perkhidmatan yang sy rasa sy boleh dapat dengan harga yang lebih murah di hospital kerajaan. Jadi, buat apa sy menabur duit di swasta kalau sy sendiri selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital kerajaan? Baik sy guna duit tu untuk beli barang kelengkapan lain macam pam susu, car seat dsb yang sudah tentu-tentu harganya memang tidak boleh dirunding. Mahu tidak mahu, harga barang-barangan tu memang standard. Situ pun sudah makan riba-riban… Mana duit untuk akikah lagi… Baju-baju lagi… Ah! Macam-macam lah…

Ok, ok, bila sy cakap macam ni, bukan tujuan untuk mengutuk orang-orang yang bersalin di hospital swasta. Tidak sama sekali. Itu hak masing-masing. Pada yang berkemampuan dan mementingkan layanan yang tip top dan kepantasan, mengapa tidak? Pilih saja hospital swasta yang diingini, yang penting fulusnya adaaaaa…

Sy buat entry ini untuk tekankan, buat masa ini, buat ketika ini, sy masih yakin dengan perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Sy mahu ubah persepsi orang terhadap perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Jangan memperlekehkan kebolehan dan kepakaran mereka. Jangan hanya disebabkan mementingkan standard, sangggup berhabis duit untuk bersalin di hospital swasta yang akhirnya membebankan poket yang sebenarnya kurang mampu. Ukur baju di badan sendiri. Jangan main dengar cakap-cakap orang sebelum mencubanya sendiri. Sakit beranak tu, di mana pun sama saja.

Dan sedarlah, walau semahal mana pun perkhidmatan yang kamu mampu bayar di hospital-hospital swasta, mereka tidak akan mampu menandingi tahap kepakaran dan kecanggihan peralatan yang ada di hospital kerajaan. Percayalah! Cuma, mungkin layanan di sesetengah hospital dan klinik kerajaan tidak seperti yang kamu harapkan yang boleh kamu dapat di hospital swasta. Itu sy anggapkan sebagai nasib… Tapi, sy sendiri setakat ini berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh klinik dan hospital kerajaan yang telah sy kunjungi. Alhamdulillah… Pada sy, keadaan sudah banyak berubah… Tanggapan dulu-dulu terhadap doktor dan nurse kerajaan patut diubah. Prestasi dan keupayaan mereka memang patut dibanggakan!




Sy dulu bersalin di sini utk ank pertama tahun 2002 dan kedua tahun 2005. Layanan memang tip top I tell you!

Now insha Allah dkt HSB pulak kot sb dh pndah blk kedah hehe.. 


Lg pula bersebelahan ja dgn opis my hubby kolej jururawat aloq setar.. ^_^

3 comments:

  1. Hai awak..
    Rasa nya sy pun dh tmbh keyakinan nk bersalin kt spital kjaan, wpun dh booking swasta. Tq kongsi cerita

    ReplyDelete